Tentang Kursus
Sijil Profesional Pengurusan Konflik Berteraskan Sulh merupakan program pembangunan profesional yang dirangka bagi memberi pendedahan secara teori dan praktikal berkaitan pengendalian pertikaian berteraskan konsep sulh menurut amalan semasa Mahkamah Syariah. Program ini memfokuskan kepada penguasaan kemahiran menjadi orang tengah melalui teknik komunikasi, rundingan dan pengurusan konflik yang efektif bagi meningkatkan kecekapan dalam penyediaan dan pengendalian kes sulh. Pengisian program dibangunkan berdasarkan pengalaman sebenar dalam amalan kehakiman serta keperluan semasa bidang perundangan syariah dan pengurusan pertikaian. Di akhir program, diharapkan dapat melahirkan individu yang lebih kompeten dalam mengurus konflik dan pertikaian secara harmoni, profesional dan beretika selaras dengan prinsip sulh dalam Islam.
✦
KELEBIHAN PROGRAM
- 1. Menambah kemahiran pengendalian pertikaian secara profesional Pendedahan kepada teknik sulh Mahkamah Syariah semasa.
- 2. Meningkatkan kemahiran komunikasi dan rundingan.
☰
MODUL PROGRAM
- 1 Kemahiran Menjadi Orang Tengah: Kuasai Teknik Mengurus Konflik Berteraskan Sulh (Mediasi)
🎯
HASIL PROGRAM
Selepas menamatkan program ini, peserta akan berupaya untuk:
- 1. Menambah kemahiran pengendalian pertikaian secara profesional Pendedahan kepada teknik sulh Mahkamah Syariah semasa.
- 2. Meningkatkan kemahiran komunikasi dan rundingan.
👥
SASARAN PESERTA
Terbuka kepada pelajar perundangan syariah, Pegawai syarak dan masjid, Pegawai hal ehwal Islam, Pegawai sulh, Guru agama, Orang awam dan profesional