Tentang Kursus
Bersedia hari ini untuk menikmati usia emas yang lebih berkualiti. Kursus ini menawarkan panduan berteraskan sains kesihatan dan nilai-nilai Islam bagi membantu peserta membuat persediaan awal menghadapi proses penuaan dengan lebih yakin dan terancang. Kursus ini merangkumi penjagaan kesihatan, pemakanan, pengurusan penyakit kronik, kesejahteraan emosi, psikospiritual, fiqh kesihatan serta penghayatan nilai syukur, sabar dan tawakal dalam menjalani kehidupan. Sesuai untuk individu yang ingin merancang masa depan, pesara, bakal pesara dan penjaga warga emas.
✦
KELEBIHAN PROGRAM
- Integrasi sains kesihatan dan perspektif Islam
- Pembelajaran berstruktur selama 3 bulan
- Dibimbing oleh pakar berpengalaman
- Pembelajaran dalam talian yang fleksibel
- Sesuai untuk semua lapisan masyarakat
☰
MODUL PROGRAM
- 1 Penghayatan Nilai al-Sa'adah & Kesejahteraan Dalam Islam
- 2 Psikospiritual Islam Dalam Adaptasi Kehidupan
- 3 Hal Ehwal & Pengurusan Kesihatan Dalam Islam (Fiqh al-Sihhah)
- 4 Penjagaan Penyakit Kronik
- 5 Penjagaan Palliative (Akhir Hajat)
- 6 Panduan Ringkas Geriatrik (Penjagaan Warga Emas)
👥
SASARAN PESERTA
Terbuka kepada semua — individu yang merancang masa depan, pesara, bakal pesara dan penjaga warga emas